Syukur vs Redha Seorang Pesakit

Assalamualaikum wbt.

Lama blog ni sepi tanpa post baru…mencari ilham terlalu lama nampaknya (“,)

InsyaAllah niat di hati nak kembali rajin menulis. Kalau tak dapat selalu, sekali sekala harapnya.

Kali ni saya nak kupas isu seperti tajuk di atas, dari pandangan seorang pegawai farmasi.

5 tahun bekerja di bidang farmasi, pelbagai karenah pesakit telah saya temui. Ada pesakit yang sangat baik; memberi salam bersama senyuman ketika menghulurkan slip ubat di kaunter farmasi dan mengucapkan terima kasih berkali-kali atas perkhidmatan yang telah diberikan. Manakala segelintir yang lain, tanpa sepatah kata mengharapkan diri dilayan seperti VIP. Sudah la bila ditanya nama pesakit, jawapan yang diberikan adalah penyakit yang dihidapi atau nombor giliran berjumpa doktor sebentar tadi.

Selaku pegawai farmasi yang memahami, saya kawal perasaan dan cuba bersabar menghadapi setiap pesakit yang ditemui.

Baru-baru ini disebabkan masalah pembekalan sejenis ubat darah tinggi yang kritikal daripada supplier (syarikat pembekal), pesakit yang terlibat ditukarkan kepada ubat darah tinggi jenis lain yang memberikan kesan tindakan yang sama namun sedikit berbeza kerana komposisi kimia yang sedikit berlainan. Berikutan itu, pelbagai reaksi pesakit diterima yang memberikan kesan kepada staf farmasi dan kakitangan kesihatan lain.

Perlu diingatkan bahawa, sesuatu tindakan yang diambil oleh sesuatu pihak telah dikaji dan dibincangkan secara mendalam oleh individu-individu yang berkelayakan dan berpengalaman.

Bagi pesakit yang bersyukur, mereka terima dengan hati terbuka. Bagi yang redha pula, mereka terima dengan mulut terbuka.

Banyak komen dan aduan yang kami terpaksa hadapi disebabkan keadaan sebegini. Namun, adakah kami harus dipersalahkan?

Sewajarnya seorang manusia yang rasional berterima kasih atas perkhidmatan dan layanan yang telah diterima. Sebarang pertanyaan boleh dikemukan terus secara sopan dan bijak.

Kami warga KKM. Kami sedia membantu.

CBR (copyright @2018)

Nilai RM1

Dengan RM1 pada zaman kini, kita boleh mendapatkan sekeping roti canai, secawan air teh o panas atau sebungkus roti berperasa. Pada harga yang sama, rakyat Malaysia biasa tanpa pengecualian caj (kanak-kanak, warga emas, pesara, OKU dsb) layak mendapatkan rawatan kesihatan dari fasiliti kesihatan kerajaan untuk pemeriksaan kesihatan asas. Murah bukan?

Bagi yang berfikir lebih jauh, untungnya menjadi warganegara Malaysia, dapat menikmati kelebihan sebegini apabila sakit. Dari golongan berpendapatan rendah ke golongan berpendapatan tinggi, semua dapat menikmati kemudahan subsidi perubatan pada harga yang sama. Jadi, semuanya layak mendapatkan layanan yang sama daripada kakitangan yang bertugas memberikan rawatan.

Namun, ada segolongan individu yang menganggap mereka adalah ‘Very Imported Person’ yang perlu dilayan bak seseorang dari keturunan Diraja. Sedangkan dalam operasi sesebuah organisasi terdapat ‘Standard Operating Procedure’ dan Pekeliling Perkhidmatan yang perlu dipatuhi, kadangkala kakitangan kerajaan berada dalam keadaan tersepit di antara mematuhi arahan perkhidmatan dan menjaga hati pelanggan.

Contohnya, terdapat pelanggan dari golongan berkemampuan yang kebiasaannya pergi melancong ke luar negara untuk tempoh sehingga 6 bulan meminta untuk dibekalkan dengan ubat yang mencukupi sehingga beliau pulang ke Tanah Air. Wajarkah permintaan mereka dipenuhi dalam keadaan kekangan peruntukan yang sedang dihadapi pada masa kini? Apabila permintaan mereka ditolak, mereka akan bertanya bagaimanakah mereka dapat mengawal keadaan penyakit mereka dalam tempoh mereka berada di luar negara.

Selain itu, ada pelanggan yang suka meminta diberi bekalan ubat tambahan seperti meminta nasi tambah ketika makan walhal sebagai golongan yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan bekalan tambahan itu dari farmasi komuniti terdekat.

Sudahlah begitu, ada pelanggan yang sangat ‘baik hati’ memulangkan lebihan ubat yang mereka tidak mampu habiskan kerana mereka berasa ubat yang mereka terima adalah hak mereka yang tidak perlu difikirkan akan nilainya yang mahal. Pembaziran berlaku apabila ubat yang dipulangkan telah rosak, telah tamat tarikh luput dan tidak dapat digunakan semula.

Lebih mendukacitakan, catuan bekalan ubat terpaksa dilakukan apabila perolehan ubat tidak dapat dilakukan dalam keadaan ketiadaan peruntukan. Sikap sebegini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara, ianya juga mencerminkan bahawa rakyat Malaysia masih di takuk yang lama – Kerajaan perlu sentiasa memberi kepada rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat ini dididik untuk menghargai kemudahan yang disediakan. Guna kemudahan ikut kelayakan. Sewajarnya golongan berkemampuan mendapatkan rawatan di fasiliti swasta yang turut menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan memanfaatkan sistem Takaful yang ditawarkan. Malaysia harus bergerak seiring dengan negara lain yang menawarkan perkhidmatan berdasarkan kelayakan pendapatan seseorang.

WaAllahualam.

CBR

 

 

Nasi Ayam MAK

IMG_9989

Bahan Kisar: Bawang besar, Halia, Bawang putih, Serai (tak wajib, boleh tambah untuk lebih bau)

*Guna untuk masak nasi, masuk dalam sup dan perap ayam. Anggarkan kuantiti yang sesuai. Kisarkan bahan-bahan ini secara berasingan.

Cara-cara:

  1. Ayam (1/2 ekor) direbus sehingga isi ayam separa masak.
  2. Keluarkan ayam untuk diperap dengan bahan kisar. Perapkan bersama sedikit kicap, serbuk kunyit dan garam secukup rasa; lebih lama lebih sedap.
  3. Bahagikan air rebusan ayam; separuh untuk masak nasi dan separuh lagi untuk membuat sup.
  4. Masak nasi: basuh beras dan tos. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan kisar (agak-agak) sehingga naik bau. Kemudian, masukkan air rebusan. Masuk sedikit kunyit dan garam. Tunggu sehingga air mendidih, masukkan beras dan masak.
  5. Sos: Kisar cili hidup, cili kering, bawang besar, bawang putih, sos cili, kicap, air asam jawa, garam, gula secukup rasa. Guna lebih bahan untuk lebih sos. Tambahkan limau kasturi jika suka lebih masam. Masak kesemua bahan di atas api sehingga sebati dan sedap.
  6. Goreng ayam yang diperam awal tadi.
  7. Hidangkan nasi ayam apabila semua telah disediakan.

 

Selamat mencuba 🙂

CBR

 

 

Ayam Masak Masala

Bahan:

1/2 ekor ayam

1 sudu besar rempah masala

2 senduk kecil cili kering + bawang besar (kisar)

Garam & gula secukup rasa

Daun kari

1 biji bawang besar

2518

Cara-cara:

  1. Rebuskan cili kering dan bawang besar kisar bersama rempah masala hingga masak. Masukkan sedikit air jika kuah belum masak dan hampir kering
  2. Masukkan garam, gula, kicap manis dan asam keping secukup rasa
  3. Masukkan ayam dan masak sehingga kuah menjadi pekat
  4. Dalam kuali yang lain, tumis daun kari dan bawang besar yang dihiris bulat bersama minyak
  5. Setelah garing/naik bau, masukkan daun kari dan bawang besar tersebut ke dalam kuali yang mengandungi ayam tadi
  6. Gaul sebentar kemudian sedia untuk dihidangkan

Tips tambahan:

  • Ayam boleh digoreng dahulu jika mahukan rasa ayam yang garing
  • Cili kering dan bawang besar kisar boleh ditumis dengan minyak bagi mempercepat proses ia masak

SELAMAT MENCUBA!! 😉

CBR

 

 

 

 

Triple Choc Brownies

image

The best brownies recipe I’ve ever tried!! I feel like baking everyday cause it’s so tasty ^_^

INGREDIENTS:

  • 200g dark chocolate, chopped (you may as well replace with milk chocolate or mix them both)
  • 250g butter, chopped
  • 1 3/4 cups brown sugar (may reduce the amount if you don’t have sweet tooth)
  • 4 eggs
  • 1/3 cup cocoa powder, sifted
  • 1 1/4 cup plain flour, sifted
  • 1/4 tsp baking powder

METHOD:

  1. Preheat oven to 160°C.
  2. Place chocolate and butter in a saucepan and stir over low heat until smooth. Allow to cool slightly.
  3. Mix sugar, eggs, cocoa, flour and baking powder in a bowl, mix in chocolate mixture until combined.
  4. Line 20cm baking tin with baking paper and pour in mixture.
  5. Bake for 50 minutes or until set. (You can check by inserting and removing a skewer – it should come out clean)
  6. Cool slightly in the tin, then cut and serve with cream.

 

HAPPY TRYING!

CBR